Wednesday, April 24, 2013

Nak keja apa?

~layan sami yusuf malam-malam rsa sejuk hati ja~

businessman?
lecturer?
software engineer?

macam-macam aku nak jadi. haha..
sejak praktikal nie, aku terpikir, best ka dak tengok life software engineer cam abang azam tu. owh, OK! best gak. lepak ja kat umah sambil wat keja. siap leh gi makan, tdoq ka, pi amek anak skolah suma...kra life dia, dia yang aturkan. aku suka camnie! tringat pektikal aku harini, tengah2 wat keja tu kan..tetiba ada dua kawan abg azam ni datang umah, yang aku nampak...sorang nie kejanya pencari project, sorang gi lak pendapat project. dan abang azam nie kejanya pembuat project. haha...smart kan. dorang dduk dalam blik tu sembang2 lah, pastu tiga2 orang tengok screen laptop sma2 smbil bincang2 hal project dorg. nais gla~

tapi sebelum nak dapat life camnie aku tow, memang perit sket..sebab kna study alotttt tentang programming. then rehat ja la bila da pro kan. dduk umah pon leh wat ha :-) duet masuk. best tu!

nak jadi lecturer pon best..abis master apply. then smbil2 jadi tu, leh smbung phD. memang jadi golongan akedemik lah. maybe incomenya tak sebest software engineer (berdasarkan kata2 lect aku lah...)

businessman plak, tu memang niat aku dari dlu. cuma nak bisnes apa tu kurang tajam lagi...

bila dikira-kira ditimbang-timbang....aku prasan satu benda, apa kata truskan jadi ikut bidang aku dlu...software engineer pastu dalam masa yang sama jual la software or product yang aku wat tu (kan da jadi businessman da :-p ) pastu! wat kelas ajar orang jadi expert dalam programming (tu pon ala2 lecturer da kan!). hmm...btul gak kata abang BJ aku, better fokus dengan bidang yang kta ceburi btul2.mesti leh bjaya dan pegi jauh~

so start arini aku nak cuba dalami ilmu programming nie btul2 dengan abang azam!
dalam masa yang sama, aku nak study sndri. baru cepat kan!
aja2! kna minat dan usaha! insyaAllah! doakan aku weh!

Allah, permudahkanlah urusan dan jalan hidupku ini.sekiranya ada ujian dan rintangan yang berat yang perlu ku tempuhi untuk kearah lebeh baek dalam hdupku ini, maka Kau ringankanlah, permudahkan untuk hambaMu yang lemah ini lalui. Buka lah pintu petunjuk dan rezeki yang luas agar aku dapat memberi rezeki kepada hambaMu yang laen...sesungguhnya Engkau lah Maha Pemberi Rezeki.amin~

Jadi Middle Man

dari dlu sampai sekarang, aku tak penah ada gaji...kra duet dari wat kerja under orang lah. aku tak suka keja under orang ;-)


tapi sejak sem 5-sem 6 dlu, aku mula aktiv ngan aktiviti lama aku, jual beli barang PC. dalam masa yang sama aku join group URH. mula la kenal penggila2 barang pc a.k.a Rig Hunter nie. baru aku tow yang kat mesia ni ada ramai bdak2 melayu aktiv. cuma bila dipikir2kan untuk minat dalam bidang nie kna la $$$ sket.kalau tak, tak leh update ngan dorang. tpi biasalah, benda da minat...dari xda duet pon leh ada ha (macam aku :-p ).

dari hari, tu aku pon banyak knal member dari lowyat.net. nak beli barang pc pon mudah dan murah. banyak aku beli shipping dari luar. yang dalam mesia ada, tu pon dapat murah! seyez~ :-) then, aku mula bisnez sket2 jadi 'middle man'.haha...jadi orang tengah untuk jual beli barang ni. memang best. tak penat pon. just iklankan barang tu, pandai goreng2 ayat...deal ngan pembeli elok2 ja. cuma kenderaan la tak da. sebab nak kna susahkan kawan2 umah aku tolong teman hantar dan amek brang tu. sampai satu tahap tu kan, aku keja ulang alek gi pejabat pos ja. pastu gi pejabat mel kat kolej. sampai abang tu knal dah muka aku... haha..mana taknya, penah aku swuh si Miftah gi hamek barang aku kan, abang tu tak percaya. sampai kol aku untuk pastikan yang aku nie btul wakilkan orang ka idak.ngeh2~

macam2 aku wat time jadi 'middle man' tu. alhamdulillah, berkat dan usaha tu banyak jugak la aku dapat kurangkan beban mak ayah :-)

pastu sejak sibuk buat FYP + study untuk final, aku cam tinggal tepi trus bnda2 nie. aku kna fokus!
kalau FAIL lagi la rugi kan...so aku wat yang tbaek untuk sem last aritu. alhamdulillah! FYP lulus dengan 1001 tanpa masalah. smua Dia permudahkan. Dia simple kan! bagi aku, ada formula dalam hal nie. nanti aku kongsi kan kalau sempat :-)

result sem 6 plak insyaAllah arap2 ok...dgaq cita nex wik kluaq...aaaaaaaaa tkut!
tolong la CGPA dekan...amin! hihi...

alhamdulillah~


Tuesday, April 23, 2013

Hapdatekan Diri

updating!

zzzzzzzzzzzzz~~

-------------------------------------
100% completed!
-------------------------------------

baru pas sync diri nie ngan blog balek. dah berabuk dah aku tinggalkan. insyaAllah pasnie aku nak hapdate slalu cam dulu2. blog nie umpama diari aku. dimana aku slalu refer back bila ada masa lapang2. dalam masa yang sama aku akan tersedar, dan cuba susun balek tata tertib kehidupan seperti mana aku pnah rancang dlu untuk kebaikan diri, keluarga, masyrakt trusnya, agama!  :-)

alhamdulillah, makin hari makin tersedar tentang erti kehidupan sebagai seorang Muslim. tapi bak kata Pahrol M.Juoi.... zaman skrang tak cukup hanya sekadar pemahaman penuh tentang erti Muslim sebenar. kita perlu ubah! Muslim Professional. Muslim Super.

agama biar A++
skill dan kemahiran tentang dunia biar A++

baru jadi Muslim Professional kan! :-)

ayuhhhh..agak2 terlari dari niat tu, reverse! turn back! sempat lagi! slow2 kayuh brooo~~

jumaat lepas di Penang ;-)

Jom Naek Gunung Kinabalu!

(Ahmad Dhani - Munajat Cinta Versi Akustik)

perasaan tertarik ngan Gunung Kinabalu lahir sejak aku tengok cita Dejavu Di Kinabalu...
dengan Tiz Zaqyah plak yang blakon..aku lagi la layan drama slow tu. smpai episod tambahan ha.haha~

time balek keja tadi, hujan lebat. naek keta sambil bukak tingkap..layan ja~
tetiba tepikir, "ada tak suasana sejuk basah dan kabus2 nie kat mesia?"

trus terlintas dalam kepala, "Kundasang? Gunung Kinabalu!"

balek2 trus google...haha..
owh! si haniz zalikha da pegi lah! baru ja~
best gak baca cita dia pi sana...siap ngan tips lagi.tbaek!

prasaan untuk nak pi Sabah tu semakin membuak2 tow..haha..meremang pon ada. sebab dok bayang kalau btoi2 aku kat sna nanti..mesti sonok nak mati! plus, ada DSLR plak..perghh~memang kecap kecip la aku dok merangkak gulink2 amek pix rumput cantek2! (errr..jauhnya mai..amek pix rumput ja?).haha..tak la..mcm2 la.haishhh~

nie la ehem2 aku ;-) hehe! bukan lah! aku cari pix nie..haniz punya~

cantek kann...

subhanallah..tringin gla~~

macam new zilen..haha..pi pon tak pnah! wekz~
seyez, memang aku berazam dan benda nie masuk dlm to-do-list aku. tak taun nie taun depan aku sampai ;-)
skrang tunjuk pix orang ngan pix sna dlu..pasnie tunjuk pix sndri plak kan :-p


Monday, April 22, 2013

Umah Sewa Gua

cantek ark? ok ar kan...
hahaha...bukan la der...ni umah Abang Azam. tempak ark praktikal. aku tak gi opis. tapi aku ngan dia just wat kat umah ja. apa ada hal~~ wakaka...

ni sebenarnya rumah gueeeee....ops! umah sewa~~~


seksyen 3 bukit makhota bangi
fez2 sampai angkat barang
siap ada tv lagi disediakan ha..
pas abis mop2 lantai suma...aaaa malasnya la nak kemas PC ngan baju2 nie

alhamdulillah ada la tingkap...leh la nak mengintai bulan dan bintang tika hati gundah gulana..acewha! ;-)

aku dapat master...duduk atas ngan maman...umah nie 4 orang ja...dgaq cita sorg nak pindah.so 3 la akhirnya~
best2! tak ramai...rumah plak cam kemas gak pas dicuci dimop didididi smua..haha~
aku plak umpama dapat oksigen lebey (internet la oksigen tu!). mana tak nya..lajuuu + unlimited~~ takya la bayaq2 YES lagi dah. alhamdulillah..yehuuu~

so yang problem sket skrang nie, aku tertanya2...pas 4 bulan nie mana la aku nak menetap. adakah sambung blajaq or kerja ngan abang azam (kalau ok ngan gaji ditwarkan). ATAU! sambung dua2...lagi best..buzy gla + ada elaun study + gaji = nais kot!

maka jawapannya untuk masa ni... istikharah+dhuha+hajat+5 waktu+doa = tu la jawapan dan moga2 dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki..amin!!

last dari wa,

wa nak simpan rambut kasi panjang sket, tepi pendek dari atas...agak2 ok idok? try ja dlu kan ;-)  hihi



Pektikal Seminggu

aaaiiii tawan2~*yus raja lawak*

assalamualaikum!

pejam celik pejam celik da seminggu da waa ngan kawan waa, si baman praktikal.
alhamdulillah! sangat2 epi..tak da kena marah tak da kna maki hamun even ilmu dan skills dalam programming aku nie lemah dan boleh dikira tahap baby lagi.

seyez, aku enjoy! sebab dari segi kemudahan, dari segi tunjuk ajar, dari segi ilmu yang aku dapat memang smua leh dikatakan MYPEZTIME experience ;-) bayangkan, sejak aku masuk KUIS..aku tak pernah tempoh ilmu programming nie :

1) C#
2) C# + VB.net
3) ASP.net
4) SOAP
5) SQL Server 2010

tadi time lunch, aku tanya Abang Azam aka Sifu aka Supervisor aku nie...

"abg...dlu time abang blajaq, memang blajaq semua yang abang ajaq saya skrang ka? sy tak penah uh.."

dia reply "ish...tade lah, lecturer korang mne reti..aku pon tak bljar kat UTM dlu".

hahaha..dia tak blagak tow.jawab dia memang btul. 5 bab yang aku listkan atas tu memang rare dan susa. memang kna ada class dan tutorial dari orang yang expert cam abang azam ni. sebab tu aku ckap aku enjoy praktikal ngan dia. tak paham tanya ja..dia jawab siap tolong datang code kan kat aku ;-)

then bila da siap wat database apa suma..dia swuh wat untuk sistem laen plak. perghh memang penat! penat kepala uhhhh...sebab pikir nak coding ni. bayang dari kul 10-5ptg (ada la lunch n smyg kira2 dlm -sejam).

time kul 4 tu, aku tengok muka man..dua penat.hahaha...sedangkan tak berdiri berlari berjogging pon. tapi otak da tepu. hahaha.....

nanti aku tnjuk sket2 apa aku wat...wait n seeee~~

fezday tu aku tak gi opis lagi, aku teman abang azam ngan geng developer dia gi wat presentation untuk dapatkan project. best gla! peztime tengok orang presentation untuk dapat cam tender2 nie. cita apa kelebihan sistem yang akan kita buat suma. then pihak syarikat sna plak tanya bertubi2 soalan.mencabar gak ar~ haha...time tu pakai kemeja la.

tapi abang azam cakap "pasnie t-shirt je...arini kne kemas la..". yah! aku suka statement ni. senang sket! aku nyampah gla pkai sluar slack....cam mr bean dah rasa *sluar slack aku besaq..nampak cam apa ja :-p*


fezday

tempat kja...ada dapor, toilet, bilik gym suma..tbaek~ *umah abg azam sbnarnya*

Tuesday, April 9, 2013

Berakhirlah Sudah

Alhamdulillah,
diikutkan untuk ketika dan masa ni leh dikatakan aku sudah tamat blajar. dan hanya tinggal untuk praktikal yang mula nex wik smpai la bulan 8.moga smua berjalan lancar... inshaAllah.

makin hari makin trasa hidup nie penting dan bermakna sebagai hambaNya dan satu ciptaan Allah yang perlu tahu erti knapa diciptakan Dia. bagi aku bukan untuk aku toleh kebelakang dan menyesali masa2 silam. tapi bersyukur dan berterima kasih kerna masa silam tu lah yang membawa aku sampai tahap skrang nie.

insyaAllah niat untuk sambung study masih dan makin membara dihati seorang yang lemah ni :-)

moga Allah permudahkan urusan. amin!

Newer Posts Older Posts