Friday, December 28, 2012

Belajar Memahami

nak paham keadaan orang and keadaan sekeliling bukan senang.

means, tak smua orang masuk ngan kita (ngam!). btui?

tapi satu perangai aku nie, aku slalu cuba pahami sifat and sikap seseorang tu. apa yang dia tak ska aku cuba tak wat. apa yang dia ska aku cba dekatkan :-)

cuma kekadang aku pon bizi ngan kerja aku. dan itu plak aku harapkan orang paham.hehe~

then, bila bersendirian nie....
aku lebey cuba muhasabah diri,
memikirkan kehidupan2 harian...aktiviti yang aku wat...
apa yang salah aku kurang kan, mana yang baek aku cuba tambahkan... :-)
moga Allah permudahkan segalanya~amin!

aku janji dalam diri, aku akan cuba bahagiakan orang sedaya aku....
dan aku takkan maen2 lagi dalam hidup aku :-) aja2!

Settle Kerja!

alhamdulillah, rasa lega gila...

arini banyak kerja and plan aku slama nie settle dalam msa 5 jam camtu.

1) repair lcd si pinkkie (laptop)
2) tukar harddisk baru untuk pinkkie...Momentus XT tu ;-)
3) keyboard mechanical ! yuhuuu!

sebenarnya benda nie dari dlu gi aku nak wat kot. tambah2 nak keyboard tu. last2 beli gak.hahaha! thankx abg tolong. lcd laptop plak ingat kna tinggal seminggu dua kat kedai. tpi alhamdulillah 30 minit ja kdai tu wat. so save la masa aku kan..kalau tak pikir nak ulang alek dari bangi gi kl apa :-)

cadangnya nak tukar SSD untuk lappie tu... cma $$$$ and tetiba bulan nie price SSD naek. jadi terpaksalah aku pkai yang downgrade sket. Momentus XT. performance ok...cma x sepantas SSD la :-)

alhamdulillah!

Monday, December 24, 2012

Usaha Saf, aja2!

target aku, sebelum 25 dah abih master! insyaAllah!
target aku, sebelum 30 dah abih phd! insyaAllah!
target aku, nak kawen bila mampu dan cukup msanya! insyaAllah2! *2 kali? semngat~haha*
target aku, sebelum kluar kuis aku da 70kg! aja2! aja22!!! hihi....

bestnya malam nie................
aku saja wat mood environment bilik cam keadaan time aku form 5 dlu.
rasa diri ni muda skit! tapi dengan pemikiran matang dan dewasa! aceewah~

aku tak mau malas2! aku nak rajen2!
aku tak mau maen2 wat keputusan hidup dah!
aku yakin sebenarnya aku memang boleh! seyez! aku boleh!

gerak~~

Mak Ayah

makin hari makin meningkat usia,
makin meningkat usia, makin dekat dengan Dia~

Allah, panjangkanlah umor ibubapa aku...
sihatkan lah pemikiran, kesihatan, dan tingkahlaku mereka...
supaya aku dapat beri mereka satu senyuman kesyukuran dengan kejayaanku nanti :-)

kelmarin,
diri ni dalam kereta menunggu mak ayah beli barang di kedai runcit tu~
aku tongkat dagu kat arm rest tu...sambil2 usha dorang. tetiba, hati ni tersentuh. watkan aku rsa satu kesedaran. dari raut wajah keduanya, masing2 niat untuk bina empayar keluarga. memikirkan masa depan anak2. mengatur satu persatu masalah and cari cara untuk diselesaikan. smua untuk KELUARGA ;-( aku??

bila nak balek penang kan, aku rasa malaih sangat. sebab nak naek bas smua. renyah!
tpi once aku sampai ja stesen butterworth, nampak kereta ayah mai amek. hati aku rasa laen.

"wiii....bestnya~ tak sabaq tengok benda baru kat umah"

nie la harapan aku slalu. haha~
tapi memang btoi. slalu bila aku masuk ja kereta...ayah mesti ckap "haa...dy tak tengok lagi....blablabla"
pastu mak reply "ish...nak habaq dah~~punya tak sabaq2~"

haha...tu lah mak ayah aku. dari aku kecik sampai la, tak pernah buat aku rsa down. means down untuk aku dapatkan sesuatu. bukan sebab anak bongsu ka apa. cuma mak ayah nak aku target sesuatu then ada sebab yang elok. baru dapat.

ayah plak jenis suka jaga quality. beli papa ja, kalau leh nak yang terbaek. bukan kaya ka apa, cuma bagi dia, quality tak ok, buat apa beli. nanti rosak n bla bla bla....
mak plak jenis tak halang.cuma dia suka nasihat yang tbaek untuk keluarga...

sejak balik 3 hari ni, aku kluar gi merata2 ngan mak ayah. macam2 pengalaman. boleh kata setiap kali aku balek, ada ja crita and experience aku dapat untuk hidup.

then, tadi petang...kluar gi jalan2, sambil2 tu ayah ada cakap satu ungkapan yang wat aku tersentuh sebagai sorang anak yang kurang memberi kasih sayang yang sepatutnya thadap mak ayah.

"alhamdulillah....ayah rasa lega sangat bila tengok keadaan keluarga macam nie, walaupun tak sesenang mana, tapi ayah dapat bagi hampa smua masuk U...walaupun ada macam2 masalah~ayah rsa tugas ayah dah berjaya smpai ayah nak pencen nex year,ayah syukur sangat,kan mak~".

aku terdiam. air mata mula ada kat mata. tapi tak menitis pon. aku tahan and wat2 epi :-) ;-(

seyes aku tak tipu....
setiap hari setiap jam setiap saat....
tak penah aku tengok mak ayah tak amek berat sal family. apa yang dorg wat, smua untuk kami 5 adek bradik. untuk bagi kami rsa sempurna dalam hidup. balek ja cuti, mesti bawak aku pergi makan sana sini sebagai tanda meraikan. then bila salah sorang ada sesuatu masalah, mesti family akan meeting. untuk selesaikan. alhamdulillah.... tu satu hubungan kekeluargaan yang aku rsa syukur sangat ;-(

banyak lagi aku nak cita sal mak ayah nie :-)
aku harap dapat buat yang terbaek untuk keluarga aku...wait for me!

New Me



Saturday, December 15, 2012

YES 4G Super68

yah! alhamdulillah~
dipermudahkan urusan~

baru daftar kul 2 tadi...kul 3 da leh pkai.hihii.....

laju~~ seyes laju!
puas ati gla~ cam unifi~

kalau qouta cmna? erm tu tak tow lgi la.no komen. tpi berdasarkan orang kata, laju. kra tak kura2 lah.haha...

p/s: sapa2 nak daftar yes leh kontex ak~senang and cepat! heee

Yes 4G

da daftar tadi!

yuhuuu..
insyaAllah seminggu ni da leh pkai.

arapnya qouta and speed  tak mengecewakan aku. da kat 150 aku kluarkan untuk beli dongle+upfront payment. bulan2 rm68 = 4gb. erm! sebenarnya da test da Yes kat bilik aku nie pkai miftah nya dongle aritu. ok! sangat ok! laju~~

cuma kali ni agak risau la kan...sebab da kluarkan duet smua. hehehe! tguu!

Sabtu Sem 6 Minggu ke-3

arini free sangat.
sebenaqnya aku da daftar untuk join 2 benda sabtu ahad nie ;

1) jejak ashabul khafi
2) klas bljar android

program jejak tu aku da byar rm5. sebenarnya bukan nak join sangat pon. tpi cuma memikirkan nak support maman wat program + atlist rm5 tu dpat bagi sumbangan dorang nak wat program kan :-p haha!

klas android plak, aku kurang tumpu sangat android + mahai (rm50..segan la nak kol ayah mnta duet lagi ==" ).biasalah, dalam family...aku sorang ja bergantung kat parent aku. abang kak smua ada mara and jpa. so hujung minggu kerja aku kol 'alooo..nk wet!'.haha~tak la cakap camtu sbarnya. aku cuba nak kurangkan perbelanjaan + tunggu pt masuk. insyaAllah mcam2 kerja leh wat.

alhamdulillah, da hampir dua minggu plan untuk kuruskan badan berjaya dilaksanakan. ngeh2~
tak gi gym pon, aku cari kesempatan untuk jogging round tasik 2 kali, lebey kurang 3km rsanya. tak dapat jog petang pon, aku cuba ajak wira ka sapa2 teman aku jog round jalan tar kuis. bila dibuat kesimpulan, nampak la stamina da ada skit. dari dlunya tak leh lari lama, skarang da leh tahan. lari2...jalan untuk amek tenaga balek..then lari balek :-)

makan pon aku jaga sangat2. sarapan tetap amek.even nasi lmak paru yang sedap tu pon, aku makan dalam setengah ja.sabaq~~haha. ikut nasihat kevin zahri, makan nasi segenggam ja sekali mkan. gi nasi kukus pon, aku wat line tengah2 nasik. makan half ja.haha..ok ja sbanarnya. tak rasa rugi and lapaq pon pastu :-) *kranya sebelum nie...nasi lebey~patut la gem! haha*

target aku nak timbang berat 1/1/13 nanti. nak tengok bapa perbezaan. sampai target ka dak. kalau still tak sampai, kna kaji balek jadual. maybe tdoq banyak ka apa kan ;-)

pastuuuuu.........

bab ibadah, bab jga dir, bab laen buat masa nie alhamdulillah....kna upgrade dri lagi :-)

dalam kepala nie menunggu ptptn masuk ja.seyez aku tak sabaq! haha~

seyez, duet tu langsung tak da benda yang merapu aku plan.hehe~

Allah, bantu lah aku dalam urusan harianku. Kau uruskan lah diriku ke arah kebaikan dan jalan yang lurus. Aku tahu salah silapku. Moga ada keberkatan dan kebaikan atas segala aku lakukan~

Wednesday, December 12, 2012

Sem 6 Plan

sem 6 plan? bukan diet plan ka! kurus plan! erm pun bukan!
tapi cam plan untuk kurangkan buang masa sebenarnya.

kebanyakkan orang gemok nie sebenarnya dia banyak buang masa.hahaha...tu la aku~

so aku target sangat2 semperna sem last aku diKuis ni, aku nak target under 70kg before Februari 2013.
nanti nak praktikal bulan 4-8 tu taklah rasa berat/malas sangat kan. nampak smart la sket time kerja nanti + jadi rajen + bertenaga. tu baru la nampak orang muda kan.haha~

antara aktiviti baek yang tengah dijalankan :

1- bangun awal subuh *lagi baek jemaah di masjid*
2- tak tidoq pas subuh sampai malam
3- daftar gym untuk sebulan
4- jog/lari tasek 2 round kalau tak gi gym
5- kurangkan makan *1/2 nasi ja skali makan*
6- tak tidoq petang
7- try to walk to masjid every prayer time
8- dekatkan diri dengan-Nya
9- jga ukhwah ngan bbudak umah :-)
10- kurang mengata / think -ve kat orang hahaha~

moga smuanya berjalan dengan mudah :-)

Pelajaran dan Pengajian

insyaAllah, sem nie sem last aku di KUIS nie~
subhanallah, cepatnya....sedeyh pulak nak kluar~
astagfirullah, ruginya aku..banyak aku tak wat lagi disini~
Allahuakbar, sem last la baru aku nak sedar yang aku banyak kekurangan~

sem nie 4 subjek ja. so ptptn agak ada lebihan. dan setengah dari tu, aku da plan untuk amek lesen + wat fyp.

pengajian hampir 4 taun di kuis nie, sedikit sebanyak merubah kehidupan aku. dari tak pandai + cetek ilmu dalam agama..bertambah hari demi hari. dari tak pandai berbahasa dan bersantun, akhirnya terlekat satu budaya antara manusia (bagi salam). dari hati yang keras tentang dunia, luntur sedikit demi sedikit untuk kedunia abadi...

bila tengok result, subjek yang agama smua kebanyakkan aku dapat C. hahaha...truk gila. malu plak nak bicara tentang agama ngan orang.hoho!

moga dipermudahkan urusan aku sampai abis praktikal nanti.
moga diberi peluang untuk melanjutkan pengajian trus ke Master seperti dirancang.
moga sebelum umo 30 sudah ada Phd *susah nie! dapat buat memang aku nanges la! haha*

kita merancang, Allah tentukan.

Monday, November 26, 2012

Fez Day Sem 6

alo!
assalamualaikum!
monink!

yah yah yah...arini pezday aku dalam sem 6 nie. kul 7.50 pgi. kelihatan da ramai da student berjalan kaki gi pejabat/ class/ tengok jadual. aku? erm bukan malas.cuma ak pikir strategi. acewah. yala, wat apa nak pi add course arini. memang tentu2 ramai orang. lagipon time untuk add course nie seminggu dua camtu. so relax lorh ;-)

apa yang diplankan arini juz nak gi pejabat untuk :

1) teman cik maman amek sticker keta
2) teman cik maman byaq yuran
3) aku nak gi amek kunci bilik
4) tengok jadual

tpi kalau ikut smua nie pon leh pospone lgi. just sticker tu la masalah. kna pi amek. pakgad ari2 bising. cam ap ja...huhu~

so! alhamdulillah, sem 5 lepas dapat dekan. sem ni agak bersemngat untuk habiskan study and pratikal kat kuis nie.insyaAllah :-) arap sangat tak da masalah. and sem nie pon memang ak senang hati and takkan cari masalah ;-)

semalam ngan maman shopping barang rumah pon kat RM200 lebey. huhu =="

bukan apa, tak beli awal2 sem ni rugi. sebab pasnie mesti beli gak barang2 rumah. jadi awal atau lambat ja.
pluz sem nie maman bwak keta. agak memudahkan aku ngan dia untuk bergerak.sebab sebelum nie agak susah nak gerak memana. thankx kawan2 laen yang slalu bantu aku untuk makan luaq, jalan2, antaq ak balek penang ke stesen bas...xspecialy Razin, Acap, Mat Paiz, Caien smua :-)

jom jom sem nie wat yang terbaek! siapkan FYP 2. insyaAllah aku nak wat smua yang tbaek! mudahkan lapangkan dada n ringankan kaki ke masjid :-)

Allahuakbar!

Wednesday, November 7, 2012

Jom beli violin!



jemput2~layan vid nie.

bila lama2 dok dengaq orang maen violin, trasa nak beli satu.hihi.

takpalah, nanti aku nak ajaq anak aku sorang pandai men violin.best gak boring dengaq dia men kan.haha *kelauttt~*

malam nie memang free. sebab tu tak tentu arah sampai tengok harga violin. haha. tambah2 dok tringat si bon aka kak naddo aku nak balek esok. then lusa abg gem plak nak balek jugak. so satu family bergabung! hihi, alhamdulillah. susah nak bersatu tow skrang.masing2 ada tanggungjawab masing2. tu pon tak pasti nex year macam mana. yalah, masing2 da kerja (insyaAllah ;) ). sebenarnya aku tak sabaq2 menunggu dua benda lagi.

1) $$ dari seseorang
2) call dari seseorang *bkan ehem2 lah, tapi cina tu*

aku nie sorang yang boros! kalau ada duet banyak cepat ja abih. bila da abis baru pikir apa aku da wat ngan duet banyak tu.haha~ tpi bukan boros yang hilang tah kmana. kra boros bila tringat barang2 idaman aku. contohnya dalam planning skrang :

1) nak watercoolingkan rig aku nie *tpi pikir berat tu tak jadi wat tu skrg*
2) nak beli mechanical keyboard
3) nak multimedia speker
4) nak bli karldon surge protector

macam2~haha...bahaya la..

Can I Be Successful Person?

suksesssssssssss!

aja2! aku sukseeeessss~

erm? ? ? ermm??

for me, its not hard to be successful person. imagine, kta ada satu kerja nie! kerja berat sangat nak wat~*malas sebenarnya..bukan berat pon :-p*, tup-tup 2 jam wat...settle! siap! wahh.

tu la maknanya ---> SUKSES

tapi dalam konteks zaman and waktu skrang nie, adakah bagi kita/aku kerja esemen contohnya, tu berat? YA kan. nampak tak apa sebenarnya aku cuba jelaskan kat sni?

means, i always feel so relieved when I've finished just a little works. benda yang simple tapi dianggap susah.benda yang rata2 ramai orang mampu buat tapi dianggap payah. nak sukses btul2 dalam hidup bukan hanya sukses dalam benda yang kecil, tpi perlukan satu perubahan + objektif + balingan anak panah yang ......srrruupp! TEPAT untuk dikira successful person :-)

aku nak jadi sukses!
-Define the meaning of success as you see it-
-Execute your small objectives, focus on your main objective-

My Fez Rig

alhamdulillah.

dalam dua sem nie, aku dapat rasa satu nikmat yang lama aku pendam + simpan.
activ dalam dunia rig balek cam time form 1-5 dlu. bukan apa, salah satu faktor yang menghalang and sekat hobi aku nie...sebab kisah 2 laptop hilang dulu.huhu...

*aku dapat rasa org curi tu sapa, cuma aku tak pasti and aku tunggu dia ngaku smpai akhirat~ngaku and bayaq balek ja aku mintak...seyez aku maafkan =) *

sem lepas, aku dapat lesen dari ayah untuk wat rig aku sendiri untuk kali pertamanya~wiii..sebelum nie aku banyak modify rig abang yang lama ja.mod smpai jadi custom pc :-)

Fez Rig :

codename : bieber

Spec:
Intel i7 2600k
Asus Maximus IV Gene-Z
Corsair Vengeance 8GB 1600Mhz High Performance RAM
Sapphire HD6870 1GB
60GB SSD Vertex 2
1TB Western Digital RE4 (Server Hard disk)
Logitech 720p Webcam
650watt Corsair GS
Samsung LED HDTV 24'
Cooler Master 690 II Advanced Casing
Logitech Keyboard+Mouse
Razer Sphyrex Gaming Edition Mousepad


dan nak dijadikan cerita, dalam bulan 4 aritu...Intel announce nak kluar kan 3rd generation processor. hush...berdesop rasa~maybe smpai Malaysia awal bulan 6. terus time tu, aku berangan + usaha kan camna lah nak dapat pakai 3rd Gen processor nie. kalau nak pakai, kena tukar motherboard jugak. hmm..makan 2k jugak dua benda tu ja.

nak dijadikan cita lagi, alhamdulillah, rezeki murah. aku ada duet dari bisnez 'gelap' aku skit and time tu pulak budak2 pakat dapat PTPTN. wira ari2 datang bilik aku, and selalu ckap

'hush..kalau la dapat pc camnie, mau aku render video ari2....mesti gempak~~~'.

pastu dy ckap ' tpi aku tow...memang susa la aku nak pkai pc i7 camnie.time aku ngan bapak aku gi seremban tnya pc spec i7 je, da makan RM3500 keatas...memang tak mampu la aku~'

aku pon rasa satu peluang nak bantu! plus, aku memang bercita-cita nak pkai processor i7 3rd Gen yang latest tu.heeee~

truz mulut aku tnya 'erm...kau ada duet simpan bape sekrang? tringin dop pc aku ning?'

wira jawab, 'mesti laa.....aku ada dalam RM3500 camtu la tapi pc kau mahal'

dengan murah hati 'amek la...aku kira murah2 ngan hang, harga kawan nie'. *haha...nak ckap ak baek! weks*

aku pon tidoq tak tenang untuk 3 hari. kira2...pikir2~ kira duet, kira harga nak beli balek nanti. macam2 aku plan. then tnya group rig aku.hmmm...last2, aku gtau wira pastu 'amek la, RM2950 sudah.harga asal nie ada dalam RM4000.tak caya jom tengok list price kat tenet. dy pon tengok. muka cam puas ati ngan harga aku bagi. haha...epi aku tengok muka dia bahagia.bakal dapat pc baru. *sma la aku pon...heeee~*.

then, this my new rig!

nanti tunggu nex post sal gf no 2 aku noeh ;-)

Tuesday, November 6, 2012

Bangun Lambat

dah kat seminggu aku asyik bangun lambat....
means, aku tdo kul 5. then mamon kejut semayang subuh kul 6.30~
aku kluar bilik tengok papon gi keja...
pastu....BUM~~ balek.haha!

sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................kul 2.30ptg.pergh! cam ulaq sawa lew~

erm tapi kan, satu benda yang best tdo lmbat nie...aku wat something valuable. kra cam semalam, aku tolong abang siapkan project Android application dia. alhamdulillah siap :-)

cam dua ari lepas pulop, aku berjaya siapkan esemen orang. dapat kecing! $$$~ngeh2

maybe aku just kna setting waktu tdo ja, kranya bangun awal sket.kul 10, 9 camtu.bukan smpai petang kan~

sedapnya~kek keju~~~~
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~

Friday, November 2, 2012

Cutie-cutie!

emmm....orang tu sombong dah skrang. dah tak men blog dah. post pon jarang2 gla kan. *kata kat dri sndri*

tengah dengaq lagu muara hati ost adam hawa. kat 10 kali dah ulang. bukan apa, lagu len tak masuk angin le. haha...

bukan apa, aku terbuka ati nak post nie sejak balek aritu gi. tapi bila aku prasan..baru aku taw. aku ada satu sifat buruk.

SUKA BERTANGGUH

aaaaaaaaaaaaaaaa! tak suka tak suka tak suka!

memang aku suka bertangguh2 kerja. baru aku prasan. contoh sejak balek nie, :
1) ada kerja abg aku bagi, aku tak buat-buat...sedangkan dapat income
2) ada kerja kwan aku swuh buat, aku tak buat-buat...sedangkan lumayan dia offer
3) katil lambat kemas bila bangun tdoq, petang2 baru la kemas
4) ayah swuh cari geran keta kancil sejak minggu lepas pon aku tak cari-cari smpai tadi kna tegoq

emm~ maybe sebab suka bertangguh nie la aku gem-gem skit skarang kan? haha.


Wednesday, June 6, 2012

Hujan dimalam hari..


awat bila dengaq lagu nieh rasa semangat naek arh??
bila teringat2 and wat kesimpulan kan, baru aku sedaq...aku nieh kalau xda smngat,dengaq lagu yang ala2 ayat cam nak tunjuk2, nak lawan2, nak balas dendam...aku jadi semangat.cam lagu drama atas nieh.hehe

sebenaqnya aku kna siapkan report malam nie.esok leh pos.
tapi malas punya pasai...dah kat 2 jam aku tangguh.maen fb maen twitter,usha utube, download nie nie...hoho!

and yang watkan aku down sket tu sebab cita Fetih 1432 tu :-(
penat download..
skali uploader tu tipu..video tah menda tah.haha...

alhamdulillah...tengah hujan nieh.beznya! mesti bez lagi kalau dapat barink! HAHAHA!
tapi report...emm...camna eh~huuu

jap nak barink pikir...wat ka dak *erk! barink?? pikir? hahahahaha! bummm*

Tuesday, June 5, 2012

MySelf


pipi makin mengembang! haha~
target sem 5

1~ pegi smua claz! *HAHA! CAM SUSAH JA! tapi seyez lorhh*
2~ tak pegi klaz yang agak nampak x bernapaat *HAHA! CAM NK LAWAN NO 1 JA!*
3~ kmaz katil everyday *cam biasa lah kan ;-) *
4~ kurangkan memendam rasa ngan org
5~ tak tinggai smayang subuh! *slalu terbang...nak ganti rsa cam besalah sgt~haha!*
6~ try buat org sekeliling epi dengan aku
7~ buat esemen btoi2 mantop2
8~ pointer 3.90 keatas! *biaq betoi? insyaAllah!*
9~ menabung
10~ trunkan berat badan ;-)
11~ kurangkan pikir tentang hal remeh, pokus hal yg lebey berfaedah dan penting!
12~ solat witir! sebelum tdoq *tringat abg sham kamikaze ari2 pringat aku wat sunnah nabi :-( *
13~ memaafkan smua orang tentang hal2 lepas...bukak buku baru :-)
14~ jga family, adek bradek and si dia bbaek <3


Ya Allah, aku ini amatlah lemah...tuntunilah jalan hidupku kearah lebeyh bahagia dan berjaya dunia akhirat.amin.

cuti nie, wat aku mula sedar tentang masa. baru aku prasan napa pepatah kata masa umpama emas.em,tapi bagi aku masa bkan cam emas.sebab emas nilainya ada trun naeknya even dari graph nilai emas, memang meningkat setiap taun.cuma, masa nie better disama kan dengan nyawa.acewahhh...masa umpama nyawa ;-) nais tak? haha

bukan apa, skrang nie baru aku sedar..yang aku banyak sangat habizkan masa hidup aku yang lalu.tak kira la masa tdoq ka apa.tapi aku sendiri yang tawu tentang diri aku sebenarnya.tringat time form 5 dlu, ayah memang tetapkan dah..kul 8-10 study dalam blik.ok, aku duduk dalam blik.tapi...bukan study.dgar radio smbil sms.haha... benda nie wat aku tersedar, dari darjah 5 smpai form 5 aku kerja mesej ngan maen miskol ngan kawan.terutama perempuan.haish..menggatal ja keja aku dari dlu :-(
bodohnya....buang masa sangat2.ditambah pulak dengan malas,ha memang tak berjaya lah cara aku camtu. seyez aku rasa menyesal.maen2 sangat hampir 20 taun dalam hidup. Allahuakbar~

jangan kata time skolah dlu, time masuk U nieh pon aku maen2 lagi!
kelas slalu tuang~
masjid lari~
tdoq banyak~

ayah bagi laptop tak jaga bbaek,bg ilang~
ayah beli pc baru aku maen game byk~
ayah bg iphone aku tak jaga bbaek,rosak skrin bagai~
ayah bg duet every week aku guna kot laen,beli nie nie~
makan sampai tak hingat dunia,smpai gemok~

sikit rasa sayang untuk Allah & family pon tak :-( haish, apalah nak jadi ngan Safwan Rasid nieh!

sudah sudah sudah, lepas nie bukan untuk pandang kebelakang lagih! strait kedepan! ayuh! cayoook saf!

Monday, June 4, 2012

Kejayaan Orang


selalu kta dengar orang kaya, orang berjaya...
tak kisah la ada yang kata berjaya kat dunia,tapi akhirat camna apa~
target skrang berjaya and kaya ja.okeh! haha~

dua benda nie wat aku hanyut dalam seminggu dua nieh mencari artikel ngan kaji sal kejayaan orang.
nie smua sebab banyak baca buku sal investor. ditambah dengan penurunan IPO Facebook ngan harga emas yang tak dijangka. 
sambil memikir ngan bertanya dalam hati: 

'apa dorang wat eh...sampai kaya camtu'
'camna starting hidup dy?'
'benda apa yang wat kan sampai dy berjaya smpai tahap tertinggi di asia tu?'

apa agaknya rasa bila harta sampai berbilion2 ???
mesti terguling2 kan? haha!

Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang dikatakan hartanya pada taun 2007 hampir 450 bilion. tersenarai orang yang no 1 terkaya di Asia. sebab? Genting Highlands.
Syed Bukhary, kekayaan hampir 11 bilion...dengan yayasan bukhary dan pelbagai bidang dy buat.dari beras sampai la pembuatan landasan ketapi yang under construction lagi skrang termasuk MPH buku kita slalu beli tu.
Robert Kouk, tersenarai no 1 orang terkaya di Malaysia skrang dengan gelaran 'Sugar Man'.

napa aku sebut nama tiga orang nieh ja? haaaa
sebab tiga2 nieh start hidup dorang dari miskin.dari susah sesusah2. cam robert kouk n lim goh tong, dua asal dari Fujian,China. ermmm... nie satu yang wat aku terpikir, apa hebatnya orang fujian nie sampai dua orang nie jadi berjaya camnie. *nex episod! kaji dluk! *
syed bukhary plak ? dengan UPSR tak amek. pastu mula bertindak untuk ubah hidup time umo 20.jual daging, amek lesen untuk jual beras smua,then bekerjsama dengan cina2 beras smpai la ketahap skrang.hebat kan??

hmmm,
sekarang tanya diri, apa aku mampu jadi cam mereka?? 
apa aku ada kekurangan pada kaki tgn smua?
:-) kta lah apa yang kta mahukan :-)

jom berpikir!

Monday, May 28, 2012

Semaknya bilik!

hahaha! aku nie ada satu sifat buruk tow!

***RAJEN KEMAS BILIK, THEN AKU RAJEN SEMAKKAN BALEK PAS BBERAPA ARI***

aaaaaaaaaaaaaa~ ayuhh kmas skrang! *mood skrang : seyezly epi! tah knapa! alhamdulillah!*
sronok duk umah sorang..timba ilmu sorang, buang masa sorang. wat kopi sndri. baring2 sorang2.
memang la mak ayah abang ada.cuma aku lebey banyak masa berseorangan dalam bilik wat kja sndri.
cuti kali nie agak kurang kluar jalan2.bagi aku its ok! ya sudahlah! hehe~sebab nanti kat KUIS dah tak da masa nak sorang.gi mana ada ja orang.biasalah kan, suasana asrama kan.



fez, kmas katil! then 3 cawan dalam bilik anta gi dapo (kopi ciptaan aku kot tiga2 cawan tu...masing2 laen rasa! haha~)

lagu untuk petang nieh!




tetiba dalam baru post bawah nieh, aku tringat time kenduri aritu.
tengok kezen aku, Abg Zizi, Kak Wani n Kak Niza.

tiga2 nie anak paklong aku. aka Pak Tua aku panggil.
arwah baru ja pegi.dalam sebulan lalu.

sebak hati nieh bila kenang2 balek.
arwah sorang Imam masjid area Bukit Tengah.and umo tak salah 70 lebey. aktiviti harian dia..gi masjid and pi ziarah orang meninggal tak kra jauh pon, dia pegi.

masyaAllah...

sebenaqnya aku tringat arwah sebab time kenduri kawen aritu, mak tetiba amek tisu lap mata.dari setitis...jatuh lagi setitis.last2 mak nanges sebelah aku.aku heran.napa nieh.ada orang kata smthing yang wat mak sedeyh ka? pastu aku alang2 sebelah mak, aku wat relax ja lah kan tanya, 'mamo napa nieh..'.

pastu mak ckap 'mak teringat arwah pak tua...'.

aku tak tow jawab apa.aku diam ja.aku paham apa prasaan sorang adek yang kehilangan abang yang bersama hampir 7* taun. selalunya pak tua nieh datang umah pagi2 kul 10.dalam sebulan mesti sekali dua dia datang. and mak masak tengah ari untuk dia.

terkenang plak isteri pak tua.kra maklong aku. dia plak sorang surirumah.tapi ngaja budak2 kampung ngaji. tiap2 malam rumah pak tua ramai ja bbudak datang ngaji.

masyaAllah....indahnya tanggungjawab dorang. meninggal dalam keadaan hamba Allah.

aku???  ;-)

puaih tidoq!




nah dengaq lagu nieh! faveret i tow~~wiiu~ *gediks!*

selalu ku harap..
kita kan bersama..
ku genggam tganmu..
hingga akhir waktu~~ wooo...

pas isyak smpai kul 11.30 tadi aku tidoq. sememangnya amat puas tdo lama2..ditambah kesedapan hujan lebat. pastu Aiha plak wat chomel sebelah aku...memang kna peluk la~

jadi! skrang aku memang2 fresh. gi dapo wat nescafe alta rica + higoat + cicah ngan 2 keping roti. tengah kenyang...tapi kenyang yang tak puas.haha! paham tak? ok2,camnie :

                                   situasi 1 :
makan megi 2 pek + kopi panas

                                   situasi 2 : 
makan nasik segenggam lauk ayam + ayaq masak

mana korang pilih?
aku...konpem2 no 2! HAHA (nampak sangat  ciri2 org gemok kan ;-) )
bukan apa..mungkin aku nie melayu dan pure malaysia (kra x pnah pi luaq negara langsung la).sebab tu aku pilih nasik lagi. bagi aku, situasi 1 kan KENYANG TAPI TAK SENYUM.tapi situasi 2, TAK BEBERAPA KENYANG TAPI MAMPU SENYUM ;-)

hihi~ penting tu...orang panggil Food Appetite.haha~memandai ja ak.

jom wat apa yang patut!

Sunday, May 27, 2012

Malaysia Golden Arowana


acalamualaikum... *gedik!*

pada petang yang memeluhkan nieh,aku tringin nak tunjuk smthing yang ayah aku bela.kra cam binatang kesayangan lah. dulu mulanya nak jual,tapi sayang plak.so ta tow lah kalau ada orang offer price yang agak kecing $$$ ok lah kan ;-)

dah kat 2 tahun 3 bulan dah umo ikan nie...
orang cakap tempoh btul2 matang and leh wat induk 3 tahun.emm...lama lagi tuh :-)

and arini aku nak share 2 pix nie, sebab dua2 nieh agak unik. seko Si Bongkok...seko gi tu kra antara arowana tercantek full package lah ha.sebab badan dia gold smua.cantek sangat! cina tengok mesti tringin.haha~melayuu?? emm tah la.maybe PERKASA kot tak ska.HAHA! BODOH Persakai tu..
semangat melayu tinggi..agama tah kmana *aip! politik plak sapuan!*


si bongkok
dy nie kan, time kecik2 besaq jari tu...cantek sebenarnya.maybe sebab rajen melompat sangat dalam akuarium tu kan,tu jadi camnie.BONGKOK ttba.kesian gak tengok.tapi dy leh ja idup sihat walafiat.haha..
tapi awal taun aritu dy saket tenat. hampir2 mati. maybe sebab masalah bongkok tu kot kan jadi TAKDA SEMANGAT NAK IDUP~ *memandai ja kan..haha~*.sampai satu rumah bau cam bangkai.then badan dia dah terlentang dah dalam air.cuma cungap2 ja.last2 alhamdulillah....tak sia2 usaha ayah mak pegang badan dy bagi strait dalam air kat sejam dua. laz2 dia segaq balek.syukur sgt!

si cantek
nie plak si cantek tu...terang kan warna gold dia.cam patung ja rasa kadang2.hihi~
dy nie ok,sihat tak penah wat hal.cuma dia ada diet dia tersendiri.yang mana kadang2 tak makan dua minggu...tak makan seminggu.... (bajet diet la tu! nak cantek katakan! haha).

and... nanti aku story sal 2 jenis ikan lagi! tunggu~~~ (acewah! bajet org tunggu! hehe)

Wednesday, May 23, 2012

Zikir Terapi Hafiz Hamidun

sedapnya~~ bangga ak tengok ada orang mesia wat video n zikir camnie.ala2 sami yusup! hihi

 

baru2 nieh gi pasar tani kat sungai petani.
pastu ayah ajak gi kdai cd yang jual cd2 ceramah bagai tu...
aku pon polo ja~
pastu ayah kata 'haa..pilih la,nanti leh bukak dalam player keta'.
aku tengok smua aku tak berkenan. sebab dalam ati 'leh download plak..'.haha!
tapi tetiba, mak ckap....
haaa~amek cd nieh! bez nieh..mak slalu tengok kat tb. 

bkn pix ak ya..tenet mali..hihi

aku pun ckap 'amboi~~update mak'
haha~
pastu bukak la kat cd player tu~dari sungai petani > tanjung dawai > sungai petani > kulim > umah. kat 7 kali gak ulang cd.haha..sedap sgt.rsa layan ja dlm keta..hihi

Tuesday, May 22, 2012

rutin harian *time cuti la*


ayu! dah2...jangan usha ai lah~~
ai malu~
tawu la...tawu..awk chomel...sy paham.
ok eh..dah2..gi nari2..

yah! amek video nieh...ari2 aku kmas umah aku bukak kuat2~*time parent aku tak da lah! hihi*
and muka IU nie cam seseorang! cam... SYAZWANI! wiwit! hahahahahahaha! bodoh safwan~

ok2,balek pada motif post.heh~sejak balek cuti nieh, antara aktiviti aku kan~

pagi2, subuh2 bangun.. pastu mesti truz gi tandaz buang apa yang patut! haha~tah la knapa
pastu tdoq balek...smpai kul 10.bangun truz bukak lagu,berus gigi basuh muka and senyum gi dapo.memang konpem mak aku tengah masak! haha~

sebab abang bjon aku nak pi keja kot.
and slalunya,aku truz makan nasik panaz2...tak kra nak gak makan.

pastu aku mesti gi pelok pc tersayang aku.
twitter,
facebook,
berita semasa,
malaysiakini,
lowyat.net
dengaq lagu!

nie kra wajib bukak lah.haha~

mandi before 1pm.sebab ayah nak balek dah! nanti dia ingat aku baru bgun plak! hihi
kemaz bilik,lepak kat pc lagi and makan petang.

kul 4 tu, aku trun kebun smpai kul 7.
tak trun kebun aku kemaz umah~

kebanyakkan orang *kra family n kwan2 la* pelik ngan aku.sebab slalu ckap kmaz blik or kmaz umah.selalu sangat kmaz.yeah~~tu la safwanrasid.katil kna kemas2.meja kna bersih2.baju kna buang dalam bakul *sebab semalam semak!*.cam tu lah aku~

kul 7, tengok seindah sakura ngan mak ayah + minum radix (wajib ada~haha).
kul 8 baru gelabah maghrib, mandi bagai.
kul 8-10 selalu ilmiah sket...baca la buku papa yang ada kat almari tu. tapi cuti nie banyak baca sal perniagaan n islamic isu.
kul 10 tengok tb sat...sauna ka~makan pon boleyh! hihi
kul 11 bancuh dark coffee kat family~*aku wat sndri tow! nanti aku cita~*
pastu lebeyh2 tu....apa lagi! kompiter,tak pun koling jap~hihi..lazly, bummmmmm~


ngap2!

Seindah Sakura

ai~~
*amboi..cam perempuan!*

ok2, aip smua!
*leh tahan! haha*

try dengaq lagu nieh...bez kan?
lagu ost seindah sakura.tb3 *tb yang aku sabaq banyak! sbb berita dy budu2 ja ari2*
bila tengok cita cinta kan...kalau time babak2 cute n jiwang tu,aku mesti senyum.cam tawu n paham apa akan berlaku pastu.haha...pastu ayah mak tengok muka aku~aaaa! malu~

maybe dy pon paham prangai anak bongsu dy yang GATAL nieh! haha.
sejak skolah lagi...ayah selalu kantoi kan aku.baca mesej aku ngan si nie nie.malunya~

bila dah umo 21 nie,macam2 perkara datang bertandang dan berlalu...
tambah2 kesah LUV LUB nieh..ngeh2!

tapi aku malu sebenarnya nak discuss hal nieh.
bak kata kak naddo "ingat aku sporting sgt ka sembang hal nie ".
haha..


Monday, May 21, 2012

Rumahku

benar lah kata orang,

rumahku syurgaku,
rumahku hatiku,
rumahku diriku~

bila kita kat luar..dalam tempoh masa yang lama, kita mesti akan tersesat atau tersalah jalan hidup.mesti tu tak kira banyak atau sikit.tapi bagi aku, bila aku terlalu jauh and lama tak balek rumah...aku bagai bukan diri aku.hati aku tah kmana. syurga pulak susah nak difikirkan.

maybe sebab aku terlalu lama tinggal dirumah dari kecik.

dirumah nie, mak ayah ada...
smua pengalaman pahit manis dorang curahkan kat aku.
smua skills dorang aku dapat.
smua kisah jalan perjalanan hidup dorang aku tawu...

and bila balek cuti, hati rasa tenang sangat...
tak pikir sal bz wat esemen, tak pikir sal nak jaga hati kawan nie nie
tak pikir sal geram prangai manusia sekeliling..
tapi mungkin tulah ujian Allah untuk aku pahami keadaan agamaku nieh.

Allahuakbar, jauhnya aku tersasar... dari motif hidupku nieh ;-(

mana kekuatan sebenar diri sbagai hambaMu ini..
mana kekuatan sebenar Islam yang patutnya umatmu ini ada ya Rasullullah..

Saya Bermimpi Rupanya

alhamdulillah, Allah sampaikan aku ke blog Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau DrMaza petang nie...

dari banyak2 post dia, aku tbaca post btajuk Saya Bermimpi Rupanya.

apa yang beznya drmaza nieh, benda apa yang dia lalui, benda apa yang dia jalani, benda apa yang dia nampak...smua tu ada pengajaran nya~ada sebabnya.senang kata, dia ska wat kesimpulan dari benda2 tu. sama cam post Saya Bermimpi Rupanya nieh.


 rajen2 lawat lah http://drmaza.com/home/




Oh My English!

haha~sayang semalam tak dapat tengok kat Astro TVIQ *memang tak tow pon smlm ada ;-) *

tapi nak jadi nasib tu kan,tadi tengah melepak kat beautifulnara tu, aku bca smpai 6 page,tup2 ada tajuk sal nie.skali ngan video.

apa lagi! terguling smpai utube Oh My English la~kikiki

nampak simple,tapi memang kebanyakkan orang mesia salah guna perkataan nie.antaranya,


kan? kalau x salah,aku pon pnah.haha!

minta maaf dunia! minta maaf semua!

ya Allah ampunilah dosa hambaMu yang banyak kerenah dan jahil ini :-(

ampuni rambutku
ampuni mataku
ampuni hidungku
ampuni MULUTku
ampuni tangan jari ku
ampuni KAKI ku
ampuni otakku
ampuni HATIku ini....

minta maaf mak ayah, abg kak, kawan2 :-(

sebenarnya aku nie jenis keras kepala sket.means,aku nie susah nak minta maaf kat orang.tambah2 kalau benda tu bukan salah aku.wooo silap la,memang aku berkeras gila.haha.terok kan anak pak rasid yang bongsu nieh? then, kalau benda tu salah aku...aku susah nak minta maaf scara ckap kat orang tu.aku akan cuba wat cara laen.cam mesej ka..CAM KAT BLOG nie ka~haha.tak pon,aku wat2 biasa baek ngan orang yang aku gaduh tu.terutama yang berpengalaman, Luqman aka rumate aku.dia knal sangat perangai buruk aku nieh.then sebab tu lah kami cam paham memahami.dia pon da paham aku.so alhamdulillah..laz sem tak banyak gadoh.haha! kami lebey kearah kerjasama n muhasabah diri masing2.and! alhamdulillah lagi! sebab ukhwah kami kuat~sampai kan kami paham apa rancangan or plan orang luar untuk goyahkan ukhwah kami.hehe~cam case bsar ja kan~haha.xda lah.

jika aku pergi nanti, sesiapa yang baca post nie, tolong paskan kepada yang laen.moga2 dorang yang knal aku tu,memaafkan aku :-)


aku pon lemah,ada banyak salah.aku sedar.maaf ya smua! assalamualaikum!

cuti yang ohsem!

napa ohsem? sebab cuti kali nie rasa banyak benda perkara baru dalam idup...

antaranya~
1) aku leh sauna! peluh2 dalam blik muka tension..haha

2) abang bjon no 2 da abiz study and kerja! tahniah!

3) aku ngan akak naddo baru prasan yang ktwang sma2 abiz study nex year

4) ayah konpem pencen nex year

5) tak lupa jgak! album Yuna 2012! sedapnya~ *tengah dgaq plak skrg ;-) *

6) aku kemas buku satu rumah...kra every ruang kotak2 tu ada jenis2 dy.

7) aku da minta maaf kat amie! *lama gla ak nk ckap! haha! malu~*

8) aku bz ngan twitter...suka2!

9) blajar sal biznez ngan bjon

10) planning untuk family 10 taun akan datang

11) ak pikir sal.....KAWEN even aku tow x kkan,cuma rancang :-)

12) ipone aku rosak lcd.nampak muka kaler pepel la bagai.tapi tape,x menghalang..pkai jah!

13) plan nak wat tanaman stevia kat kebun,insyaAllah doakan!

14) kebun bersih gla! mak ayah epi tengok :-) *nanti aku tunjuk kat korang! *

15) aku dapat rasa perubahan dari segi pemikiran aku...x cam dlu :-)

chow~

testing2~updating OLD OLD file

system downloading updates... 10%
system crash jap..8% balek
ok, system melawak ja tadi...skrang da 99%

yeah! 100% ingat

alo2...sy sy..sapuan a/l rasid.erm erm! maen2!
haha..
ai ollz....assalamualaikum.alhamdulillah! akhirnya ak kembali ke jalan kebenaran dan tak tersesat lama.means,ak masih ingat nak update blog nie balek.hehe
thankx to amie,wira,ohmy~sebab korang tolak aku ym tu aku cam tersedar tetiba.tah knapa.rsa borink tu ada jugak (tak baek kata borink! Allah kurnia hidup kna bersyukur! ),tapi aku rasa aku ja cam malaz.haha...orait!

acewah! bajet! tumbok tawu ar~



Tuesday, February 28, 2012

Plan Short Sem

dalam tengah baring2 memikirkan paper exam software design nanti macam mna~

tup2! aku tersenyum sorang2~

berangan beznya short sem ;-)

sebabkan...insyaAllah lapang sangat2! klas pun abiz2 sari satu atau xdek.haha.bez kan~

kra even tak balek umah,tapi aku dapat smbung study juz 3 subjek ja.truz,leh ak cuba ilmu baru nanti ;-)
satu ilmu, yang memerlukan aku berseorangan dan mencuba.so, aku perlu cari satu bilik yang aku sorang ja lepak.tak da orang laen.and bila aku nak jumpa orang,aku yang gi bilik dorang.kan bez~lapang! ;-)

bukan tak leh duduk ramai~
cuma...susah nak spend masa ngan kehendak diri.bagi aku, kekadang aku perlu keseorangan.tak diganggu orang laen.tak dengar orang sembang benda2 yang tak patut disembangkan~buang masa!

haha~

Exam~!!

baru pas renovate blik! cantek ark?? hehe! exam mode katakan~

tah knapa....
aku....
tak da...
mood...
nak..
masuk...
dewan pkk wat exam~~

bukan malaz! bukan tak blajaq! cuma malaz nak pegi pkk sna~
kalau la exam dalam bilik kan bez! hahaha! *patut berat bertambah! ooo da malaz sampai tahap 5 da nie~saf2 ;-)*

Friday, February 10, 2012

Mengejar cita-cita

ermm! ni peztime aku post pakai iphone nie~tah la jadi camna bla aku klik 'publish' nie~hihi!

peristiwa jogging semalam + ngan class pn aicah arini, telah membuatkan aku berfikir sejenak pasal kerjaya aku nanti....

tadi time klass Software Design, borak2 sal software UML ngan senior aku + pn aicah...truz masuk ke topic 'certificate'.means untuk jadi software engineer atau senang kata, budak it yg dipandang, seseorang tu perlu ada cetificate..cam sijil skolah rendah dlu.masuk apa, lulus kafa...leh masuk skolah agama suma.so, certificate utk software engineering antaranya,

Ratinal Rose Certificate dr IBM
SAP Fico experience...

mcam2 lagi puan aicah ckap...

and benda yang dy sebut smua bagi aku....
'ITU YANG AKU PERLU !'
' SEPATUTNYA TU TARGET AKU. SBGAI SOFTWARE ENGINEER NANTI!'

insyaAllah :-)

thankx Allah, thankx mak ayah family,thankx kawan2! aku rasa sangat bersyukur sem ni~ :-) alhamdulillah..jom blajaq rajen2! ;-)

ps : mood malam nie bez smbil barink , dgaq lagi rossa...tengok bulan menerang :-)

Thursday, February 9, 2012

Bersyukur itu Indah

Jalan2 Melaka Jan,2012
assalamualaikum!
23 Nov
23 Dec
23 Jan
hush~kat 3 bulan aku tak update blog noh. punya buzy sampai mcam tu. haha...

hmm! cam na leh tbukak ati malam nie nak update??
1) tringat pak an slalu tnya.. 'haish..member aku sorang nie, blog lupa dah.bila la dya nak update tah la...'
2) aku rindu family aku uhh.. :-(
3) aku rasa kebahagiaan dan nikmat hidup yang aku dapat nie patut aku kongsi dan lakarkan dalam blog aku nieh...*utk cucu2 aku baca time aku tua nnt..hehe*

alhamdulillah....pas berlari jogging bersenam dari kul 1 pagi sampai kat 2.30 pagi, pusing seround tasik even kat 80% lampu tak pasang! gelap! tapi aku tetap beranikan diri.hehe...tapi bukan sesorang la. ngan man,wira,caen, pak an...

hmmm! sebenaqnya agak terkejut tow tadi.sebab time aku nak gerak tu, just aku ngan caen ja nak gi. tetiba terserempak aan,dya pon nak ikut.truz,man ngan wira pon menggeb nak ikut (menggeb=menggelabah..haha!). aku pon jadi bertambah semangat la...sebab ramai kan. and masing2 berEARPONE.

emmm! sebenaqnya...agak lama aku 'bersara' dari senam2 nieh.hampir sesem jgak la.lama tak jogging malam.lama tak gi gym.lama tak minum 'teh2 kurus'.haha~

terbukak ati nak menyihatkan badan tetiba pas tengok I Used To Be A Fat kat MTV aritu. *trasa pon ad jgak..hehe*.sebab bukan apa, tringat aku saiz sluar yang aku pakai time masuk asasi dlu, 30!!
tapii....skrang................................kat 35 jgak la.its quite gendud.haha~

maybe sebab banyak berkemudahan kot 2 sem nie.dengan kenderaan nak gi makan luar tu da ada, pastu banyak lepak dalam asrama, kurang berjalan2 sna snie...emm...tah la,rasanya tak jgak.maybe sebab terpengaruh dengan kawan2 yang bernafsu NGAP2 tinggi~kot~tah la..aku pon tak prasan tetiba berat aku naek camtu....bagi aku sebenaqnya 'KESAH AKU GEMOK, JANJI AKU HEPI'.hihi!

tapi alhamdulillah,..terbukak hati untuk jga badan balek.insyaAllah try nak tiru 90 hari untuk trun 2 saiz. kalau berjaya, Wira ngan Caein akan aku blanja makan.sebab aku rasa terharu jgak bila dorang dua tak pnah2 putus2 bagi aku tips,cara and tegahan dari buat nie nie nie....bukan cam member2 yang kebanyakkan slalu patahkan semangat aku~slalu perli2 aku~slalu ajak aku makan lagi...*maybe ska aku gem kot..hooo*.bak kata fathi 'KISOH AKU'.haha~

and lastly, mak ayah! nak balek :-(
tapi tak leh...bz sket sem nie..wuuuuu~~~

Newer Posts Older Posts