Saturday, January 9, 2010

Ibarat Sepanjang Hidup Beribadah

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat... " Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya? " Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. " Rasulullah bertanya lagi, " Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? " Salman al-Farisi menjawab, " Saya ya, Rasulullah. " Rasulullah kemudian bertanya, " Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? " Salman al-Farisi menjawab lagi, " Saya, ya Rasulullah. " Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi. Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab, " Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). "
Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi. " Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "


pic nie time anak didik ustad farid bgi tazkirah sal jihad..hebat tuan2..

ops...kisah nie aku amik dari artikel iluvislam...insyaallah,kongsi2 lah ye.hidup nie byk benda kta leh wat,tapi tak salah kan kalau smbil2 kita berhibur,kta pegi mana2...kta selitkan unsur dakwah?? so,berdakwah la...kalau bkan kta umat Islam hari ni,spa lagi nak tolong agama kta..
owh,memang la ada orang ckap 'ala..nak bdakwah,hang pun 2x5'
ha..kalau smua orang pakat ckap camtu, smpai bila golongan tu nak sedaq???
hidayah tu nak mai kta bukan tau....

berdakwah la kawan2.....tu!! agama hang tuuuuu!! orang dok permainkan....!!!

0 comments:

Newer Posts Older Posts